enzhms +60 11 268 43114

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Contact Address
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step

Already a member?

Login
14911
Monthly visitors
206
Pending Approval
52
Centres
Donate

Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya (Click Me)

Kami sentiasa yakin bahawa memberi kebahagiaan kepada orang tua akan memberi kebahagiaan kepada diri kita juga.

Terima kasih kerana berminat untuk mengenali pusat kami. Saya Fauzia, Pengurus Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya, Semenyih. Pusat kami ini ditubuhkan pada tahun 2017 untuk menolong pesakit yang tiada tempat tinggal, dan mereka yang tiada penjagaan. Buat masa sekarang, pusat kami telah menempatkan seramai 15 orang termasuk 3 orang kurang upaya (OKU). Biasanya pusat kami menerima mereka yang terdiri daripada golongan terbiar ataupun mereka yang hidup sebatang kara. Setiap hari, kami menyediakan makanan sebanyak 6 kali kepada mereka yang tinggal di sini. Aktiviti senaman juga diadakan setiap pagi untuk penghuni di sini. Sekiranya terdapat penghuni yang jatuh sakit, kami akan memberi mana-mana penjagaan yang termampu. Untuk kes kecemasan, kakitangan kami akan menghantar mereka ke hospital atau klinik yang terdekat untuk menerima rawatan. Ramai orang pernah tanya kenapa saya nak bekerja di sini. Yang pasti, saya sentiasa berasa bangga dan gembira apabila menguruskan kerja di pusat jagaan ini. Sepanjang saya bekerja di sini, saya tidak pernah merasa letih ataupun penat dalam pengurusan atau penjagaan mereka. Termasuk makanan, kos pengangkutan bagi rawatan susulan, bil elektrik dan air, perbelanjaan operasi pusat kami adalah lebih kurang RM 5,000 setiap bulan. Kami berhasrat untuk membeli sebuah kenderaan untuk kemudahan pengangkutan, terutamanya penghantaran penghuni untuk menerima rawatan susulan di hospital. Bangunan kami juga perlu dicat semula terdapat kekotoran di dinding akibat kebocoran tangki. Selain itu, kami juga memerlukan sumbangan bagi membaik pulih pendawaian elektrik dan kerja-kerja paip di dalam bangunan. Kami ingin merakamkan setinggi-tingginya penghargaan atas bantuan yang diberikan oleh Panda Love Charity dalam  mengurangkan beban kami. Saya amat berharap orang ramai boleh menderma secara bermurah hati agar pusat kami boleh terus beroperasi secara lestari. Bantuan dan sumbangan anda amatlah dihargai. Ribuan terima kasih kepada Panda Love Charity, dan semoga Tuhan sentiasa memberkati kerja amal anda.

DONATE

YOUR COMPASSION IS A GREAT SUPPORT AND ENCOURAGEMENT FOR US

 

DONATE US


This will close in 20 seconds

×
Donated