enzhms +60 11 268 43114

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Contact Address
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step

Already a member?

Login
14911
Monthly visitors
206
Pending Approval
52
Centres
Donate

Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sai Pandian (Click Me)

Kami sentiasa yakin bahawa memberi kebahagiaan kepada orang tua akan memberi kebahagiaan kepada diri kita juga.

Saya amat berbesar hati kerana berpeliang memperkenalkan Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Sai Pandian. Nama saya Sai Pandian, saya pengasas dan pengerusi pusat ini. Pusat ini ditubuhkan pada tahun 2011 demi membantu kanak-kanak yang diabaikan oleh keluarga masing-masing. Buat masa ini kami menempatkan 26 orang kanak-kanak. Kami telah menerima lebih 100 orang kanak-kanak sejak tahun 2011. Sepanjang saya berkhidmat di sini, ramai orang tertanya-tanya kenapa saya menubuhkan pusat jagaan ini memandangkan kerjanya bukannya senang. Saya sentiasa berpendapat bahawa kanak-kanak ini layak mendapat lebih banyak kasih sayang daripada masyarakat. Justeru, matlamat utama kami adalah untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa, makanan yang berkhasiat, dan juga pendidikan yang bermutu untuk kanak-kanak ini. Saya berusaha untuk memastikan bahawa semua kanak-kanak ini menjadi insan yang berilmu dan baik hati. Oleh yang demikian saya selalu memperingati kakitangan kami agar mendidik kanak-kanak ini dengan penuh kasih sayang. Kami menyediakan suatu jadual harian untuk membolehkan kanak-kanak kami menjalani kegiatan yang bermanfaat saban hari. Saya mengambil berat terhadap setiap kanak-kanak di sini. Jika sesiapa jatuh sakit, kami akan menghantarnya ke klinik atau hospital yang terdekat secepat mungkin. Saya amat gembira dengan kerja saya di sini, dan berpuas hati ketika mampu membantu kanak-kanak yang miskin dan terabai ini. Perbelanjaan bulanan kami adalah kira-kira RM7,000 hingga RM8,000, termasuk sewa sebanyak RM1,500, bil elektrik dan bil air RM650, bil Astro dan Unifi RM240, makanan RM3,500, tambang bas sekolah kira-kira RM1,120, perubatan kira-kira RM500 dan sebagainya. Demi menampung perbelanjaan harian pusat ini, kami sedang mencari dana untuk memiliki bangunan sendiri, serta membeli sebuah van untuk kegunaan pusat. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu kami dari segi kewangan dan barang keperluan. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panda Love Charity kerana melawati dan menyokong kam. Tanpa bantuan anda, saya tidak akan dapat menangani kesempitan kewangan pusat kami. Terima kasih banyak-banyak.

DONATE

YOUR COMPASSION IS A GREAT SUPPORT AND ENCOURAGEMENT FOR US

 

DONATE US


This will close in 20 seconds

×
Donated