Saya Alvise, Pentadbir Pertubuhan Rumah Kebajikan Chrestus. Saya telah berkhidmat di sini lebih daripada 3 tahun. Rumah perlindungan kami ditubuhkan oleh Ahli Jawatankuasa Cheras Lutheran Congregation pada tahun 2001. Pertubuhan kami adalah organisasi bukan keuntungan yang berazam untuk memulihkan kehidupan kanak-kanak berumur 2 hingga 18 tahun yang merupakan anak yatim, ataupun kanak-kanak yang didera, diabaikan dan yang kurang bertuah. Kami merupakan sebahagian daripada komuniti Kristian, dan diuruskan oleh Pelayanan Diakonia Gereja Lutheran. Pelayanan Diakonia ingin mewujudkan pusat perlindungan untuk kanak-kanak yang perlukan bantuan. Kami percaya ini adalah tanggungjawab kami untuk memulihkan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang dan harapan serta membolehkan mereka mengkecapi pelbagai jenis kemungkinan pada masa depan. Istilah “Diakonia” merupakan perkataan Bahasa Yunani yang bermaksud kepedulian kepada golongan yang memerlukan bantuan. Kami sentiasa berpegang kepada prinsip kami iaitu menyediakan perkhidmatan yang bertanggungjawab terhadap keperluan orang ramai, khususnya golongan miskin. Rumah perlindungan kami telah mewujudkan suatu gaya hidup di mana kanak-kanak akan bertanggungjawab kepada diri sendiri. Untuk mencapai matlamat tersebut, kami mendidik dan memberdayakan kanak-kanak untuk memperolehi lebih banyak ilmu pengetahuan. Pada masa lapang, kami akan melangsungkan futsal bersama remaja gereja atau komuniti setempat. Gereja kami juga akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak seperti kem remaja, jalan-jalan atau kegiatan-kegiatan sihat yang lain. Jika terdapat kanak-kanak yang sakit, kami akan membawa mereka pergi ke klinik atau hospital berhampiran untuk pemeriksaan secepat mungkin. Untuk mengelakkan kanak-kanak lain dijangkiti, sesiapa yang sakit akan tinggal di bilik perseorangan untuk menerima penjagaan. Ramai yang tanya, adakah sukar untuk menjaga kanak-kanak. Bagi saya jawapannya “tidak”. Menjaga kanak-kanak bukanlah sukar sangat. Walau bagaimanapun, yang sukar sekali ialah untuk memenuhi keinginan mereka. Mengenai perbelanjaan bulanan kami untuk menjaga kanak-kanak ini, saya tak dapat berikan jumlah yang tepat. Perbelanjaan kami adalah sekitar RM5,000 sebulah, termasuk elaun kakitangan, sewa, bil air dan elektrik, perubatan, pendidikan, tuisyen dan juga tambang pengangkutan. Buat masa kini kami merancang nak mengumpul dana untuk membeli rumah sebagai kediaman tetap. Rumah kami yang sedia ada alalah disewa. Dana yang kami ada sekarang hanya memadai untuk membayar sewa bulanan. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Panda Love Charity atas kemurahan hati dan juga sumbangan terhadap pusat kami.
This will close in 20 seconds