enzhms +60 11 268 43114

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Contact Address
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step

Already a member?

Login
14911
Monthly visitors
206
Pending Approval
52
Centres
Donate

Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Xiao Xin (Click Me)

Kami sentiasa yakin bahawa memberi kebahagiaan kepada orang tua akan memberi kebahagiaan kepada diri kita juga.

Terima kasih kerana berminat untuk memahami pusat kami secara lebih mendalam. Nama saya Y. T. Ong, saya merupakan pengendali Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Xiao Xin, Seri Kembangan, Selangor. Sebenarnya pusat kami kira agak baru jugalah. Ia ditubuhkan pada 2 Mei 2019, kerana saya ingin menabur bakti kepada masyarakat, dengan menghulurkan bantuan kepada warga emas, ataupun mereka yang ditinggalkan oleh keluarga mereka. Buat masa kini, terdapat 12 orang warga emas yang bermastautin di pusat kami, dan kami bersedia menerima lebih ramai. Jika mereka ada sedikit sebanyak sakit tua pun tak apa. Akan tetapi, kalau mereka menghidapi mana-mana penyakit kronik, haruslah kami meneliti permohonan mereka secara atas dasar kes demi kes. Sebenarnya pusat kami merupakan rumah orang tua biasa yang percuma, bukan pusat penjagaan yang mewah. Warga emas di sini biasanya menghabiskan masa dengan borak-borak, bersenam, menonton televisyen atau tidur petang. Jika bukan wabak yang teruk ini, mereka boleh lepak di luar sesuka hati juga. Bagi mereka yang susah bergerak, kakitangan kami akan membantu mereka untuk mandi. Kalau mereka sakit, kakitangan kami yang mesra akan jaga juga. Bagi saya, menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Xiao Xin ini sebenarnya pencapaian saya terbesar setakat ini. Hidup bersama warga emas membolehkan saya belajar lebih banyak dengan kehidupan kami apabila berusia nanti. Sudah pasti ia juga mendorong saya untuk lebih menghormati mak ayah. Menjaga kehidupan seharian warga emas sebenarnya bukanlah memenatkan sangaat. Semua akan berjalan lancar asalkan kami boleh berkomunikasi dengan mereka dan memaklumkan perancangan kami. Akan tetapi ada juga warga emas yang degil. Jika mereka enggan bekerjasama dengan kita, terpaksalah pihak pengurusan menghantar mereka ke tempat lain. Termasuk makanan, ubat-ubatan dan gaji, perbelanjaan operasi pusat kami adalah lebih kurang RM 11,000 setiap bulan. Kami berhasrat untuk mengubahsuai tempat ini, tetapi agak sukar untuk melakukannya sekarang kerana kesuntukan dana. Terima kasih Panda Charity yang sudi menghulurkan bantuan. Mudah-mudahan dengan wawancara ini, orang ramai dapat memahami pusat kami secara lebih mendalam, dan lebih sudi menyokong usaha kami ini.

DONATE

YOUR COMPASSION IS A GREAT SUPPORT AND ENCOURAGEMENT FOR US

 

DONATE US


This will close in 20 seconds

×
Donated