enzhms +60 11 268 43114

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Contact Address
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step

Already a member?

Login
14911
Monthly visitors
206
Pending Approval
52
Centres
Donate

Pertubuhan Kebajikan Kasih Sayang Alam Damai (Click Me)

Kami sentiasa yakin bahawa memberi kebahagiaan kepada orang tua akan memberi kebahagiaan kepada diri kita juga.

Salam Sejahtera, saya Ah Kiat, saya berkhidmat di Pertubuhan Kebajikan Kasih Sayang Alam Damai, di Cheras, Kuala Lumpur. Pusat kami telah ditubuhkan pada 28 November 2021, dengan tujuan menyediakan rumah yang selesa kepada warga emas. Buat masa sekarang pusat kami menempatkan 11 orang warga emas, kebanyakannya yang berumur 60 tahun ke atas, yang susah bergerak dan menghadapi kesempitan hidup. Memandangkan kebanyakan warga emas yang kami terima adalah kurang upaya, kakitangan kami akan membantu mereka semasa makan, mandi dan juga mengambil ubat. Biasanya kami akan suap mereka dengan sabar, demi memastikan mereka cukup makan dan tidak terlepas masa mengambil ubat. Sekiranya mana-mana penghuni jatuh sakit, kakitangan kami akan membawa mereka ke hospital dengan segera. Kami juga akan mengatur orang tua kembali ke hospital untuk lawatan susulan mengikut temujanji. Terdapat ahli keluarga saya sendiri yang susah bergerak. Setiap kali saya nampak warga emas yang perlukan bantuan di sini, saya teringat ahli keluarga saya sendiri, jadi saya ingin membantu dan menjaga mereka sebaik mungkin. Setiap kali saya membantu orang lain, saya berasa amat gembira. Mungkin ini disebabkan saya berpendapat bahawa “membantu orang lain adalah sumber kebahagiaan”. Ramai orang sering tanya, susahkah menjaga warga emas? Secara jujur, tugas ini memang susah. Namun apabila warga emas gembira dan sihat, saya rasa segala usaha itu berbaloi. Perbelanjaan pusat kami sebenarnya agak besar, termasuk sewa, makanan, ubat-ubatan, gaji kakitangan, keperluan harian, dan juga bil elektrik dan air. Masa ini pusat kami sudah kesempitan dana, justeru kami ingin mengumpul dana untuk menampung kos perubatan yang mahal. Bekalan yang kita perlu untuk jangka masa panjang termasuk cecair pencuci tangan, cecair pensanitasi, tisu basah, tisu biasa, minyak angin, salap rheumatik, pelekat rheumatik, bedak sejuk Prickly Heat Cap Ular, sarung tangan, tilam cegah luka baring, lampin dewasa (saiz M, L, XL), ubat pencuci luka, kain kasa, dan kapas untuk mencuci luka. Saya amat harap orang ramai boleh menderma secara bermurah hati demi sokong operasi lestari kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sokongan dan bantuan Panda  Charity, yang membolehkan penghuni pusat kami hidup dengan lebih baik.

DONATE

YOUR COMPASSION IS A GREAT SUPPORT AND ENCOURAGEMENT FOR US

 

DONATE US


This will close in 20 seconds

×
Donated