Salam sejahtera, kami adalah Pertubuhan Kebajikan Kanak Kanak Yatim Dan Cacat Perlindungan Selangor, Kota Damansara. Pusat kami ditubuhkan pada Ogos 2018, dan setakat ini terdapat 28 orang penghuni di bawah jagaan kami. Berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa menbantu orang menjadikan kita lebih bahagia, kebanyakan penghuni yang kami menerima meruupakan mereka dari golongan kurang bernasib baik, termasuk pesakit Sindrom Down, ADHD, terencat akal, demensia, autisme, ataupun mereka yang mengalami kemurungan, kecelaruan bipolar, skizofrenia, atau strok otak dan sebagainya. Selain daripada menyediakan keperluan harian, kami juga menghantar penghuni kami untuk rawatan susulan di hospital. Tambahann pula, kami juga sering menjemput kaunselor dari luar untuk memberi kaunseling kepada para penghuni. Memang betul, nak menjaga 28 orang penghuni ini sememangnya bukan mudah, malah agak penat sebenarnya. Namun apabila dapat menampak mereka hidup dengan sihat dan gembira, anda akan terasa berpuas hati. Hasrat untuk kesejahteraan mereka ini asyik mendorong kami untutk terus berkhidmat kepada mereka. Walau bagaimanapun, wabak COVID-19 kebelakangan ini telah menghalang ramai insan yang mulia daripada melawati kami. Ini bererti dana untuk menampung perbelanjaan kami banyak berkurangan, malah menyebabkan kami mengalami kesulitan kewangan yang teruk. Memandangkan kami hanyalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan, oleh itu bagi kami, perbelanjaan setiap bulan amat membebankan sebenarnya. Kami memerlukan kira-kira RM20,000 setiap bulan untuk mengendalikan pusat ini, termasuk sewa, bil utiliti, makanan, perubatan, dan gaji lima orang kakitangan kami. Kami amat berterima kasih kepada Panda Love Charity kerana sudi menghulurkan bantuan dan melawat kami. Kami yakin laporan ini akan membolehkan orang awam mengenali kami dengan lebih mendalam, dan juga berharap agar orang ramai akan lebih sudi untuk membantu kami dari segi kewangan. Bagi pihak seluruh warga pusat kami, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang baik hati dan para usahawan yang menyokong kami selama ini.
This will close in 20 seconds