Salam sejahtera rakan-rakan kalian, kami Kindly Orphan & Handicap Welfare Homes, Bandar Mahkota Cheras, Selangor. Pusat kami ditubuhkan pada 18 Ogos 2020 untuk menolong kanak-kanak yang memerlukan bantuan. Pusat kami telah menempatkan seramai 8 orang kanak-kanak, 4 daripadanya OKU. Pada lazimnya pusat kami menerima kanak-kanak dari keluarga ibu bapa tunggal, rumah tangga yang mengalami keganasan, ataupunn anak yatim. Selain itu, kami juga terima kanak-kanak yang kurang upaya seperti ADHD, terencat akal dan kecacatan lain. Pusat kami kini telah sediakan kelas bimbingan, pengajaran, lukisan dan kursus bahasa untuk kanak-kanak yang bukan kurang upaya. Aktiviti harian mereka termasuklah pembelajaran atas talian serta sukan seperti badminton dan bola keranjang. Bagi 4 orang kanak-kanak OKU, kami memberikan penjagaan khas memandangkan mereka kurang mampu menjaga diri sendiri. Jika terdapat kanak-kanak yang sakit, kami akan bawa mereka pergi berjumpa doktor dengan segera dan pastikan mereka mengambil ubat mengikut masa. Saya berasa terlalu ramai kanak-kanak dalam masyarakat ini memerlukan bantuan kita. Inilah sebabnya saya menubuhkanKindly Orphan & Handicap Welfare Homes, kerana kami harus memainkan peranan kami untuk membantu kanak-kanak yang perlu bantuan dengan sedaya upaya. Walaupun menjaga kanak-kanak ini amat mencabar, kita tetap harus tabah dan gigih. Secara purata kos penjagaan mereka adalah lebih kurang RM15,000 sebulan, termasuk sewa, air dan elektrik, perbelanjaan harian, yuran tuisyen, tambang bas sekolah, kelas bahasa, kelas dan sebagainya. Kami berhasrat untuk membina perpustakaan dan bilik darjah untuk kanak-kanak, jadi kami amat perlu lebih banyak dana. Saya faham bahawa upaya orang perseorangan amat terhad. Oleh itu, saya berharap boleh mendapat bantuan daripada rakan-rakan sekalian. Saya ingin merakamkan setinggi-tingginya penghargaan atas bantuan yang diberikan Panda Charity. Semoga orang awam yang murah hati boleh terus menyumbang, agar kanak-kanak di sini dapat hidup dengan lebih selesa, sekaligus mengizinkan mereka meningkatkan keyakinan diri sendiri dan berasa bahawa mereka tidak berbeza dengan orang lain.
This will close in 20 seconds