Salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan, saya Puan G. Rajeswari, Pengerusi Operasi di Openhands Fellowship Care Centre. Openhands Fellowship Care Centre ditubuhkan pada 24 September 2007, dan terletak di Taman Bukit Mutiara, Kajang, Selangor. Pusat ini didirikan untuk menyelamatkan kanak-kanak yang memerlukan bantuan, menyokong mereka dalam perjalanan hidup mereka, dan membolehkan mereka menerima pendidikan yang baik. Pusat ini menerima kanak-kanak yang berumur di antara 3 hingga 18 tahun. Buat masa kini, terdapat 15 anak perempuan ditempatkan di Pusat ini, termasuk beberapa orang yang mempunyai sedikit masalah. Kalau mana-mana kanak-kanak jatuh sakit, kami akan bawanya ke klink atau hospital, bergantung kepada betapa serius sakitnya. Tambahan pula, dapur kami juga akan menyediakan makanan yang khas untuk pesakit. Di Openhands, kami menyediakan sebuah kediaman yang penuh dengan kasih sayang untuk para penghuni, dan kami juga menghantar mereka ke sekolah. Di samping itu, kami juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak, misalnya kelas tuisyen, kelas muzik dan sebagainya. Izinkan saya untuk berkongsikan asal usul kami. Banyak tahun dahulu, terdapat seorang budak lelaki Cina berusia 2 tahun, bapanya meninggal dunia manakala emaknya juga meninggalkannya. Budak lelaki ini tinggal di rumah saya. Kini, dia sudah berkahwin dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Bayangkan kalau kami tak jaganya masa itu? Satu lagi cerita, sebuah keluarga gelandangan yang ada 5 anak, yang sulung baru 13 tahun. Ayah mereka penagih dadah. Kami memutuskan untuk mendirikan Pusat ini untuk mereka, sekarang mereka semua sudah dewasa dan mendapat pekerjaan yang baik. Kami amat gembira apabila nampak mereka berjaya dalam hidup. Ini mendorong kami untuk terus berusaha membantu mereka yang perlukan. Oleh yang demikian, kami langsung tidak rasa susah pun dalam mengendalikan Pusat ini, sebab bagi kami, tugas menjaga kanak-kanak ini amat menggembirakan. Perbelanjaan bulanan kami lebih kurang RM 19,000, termasuk makanan, gaji pekerja dan juga kos perubatan. Sebenarnya, Pusat kami memang ada rancangan untuk membeli hartanah sendiri untuk menempatkan kanak-kanak sekalian, kalau boleh kami ingin miliki sebuah bangunan yang ada 10 bilik demi menempatkan lebih ramai kanak-kanak. Bukan setakat itu, kami juga ingin membeli sebuah van baharu untuk menghantar kanak-kanak ke sekolah atau berjalan-jalan. Selain daripada itu, kami juga harapkan bantuan sukarelawan untuk membantu kami dalam berkebun. Kami ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Panda Love Charity kerana membantu kami. Terima kasih!
This will close in 20 seconds