enzhms +60 11 268 43114

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Contact Address
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step

Already a member?

Login
14911
Monthly visitors
206
Pending Approval
52
Centres
Donate

PJ Caring Home (Click Me)

Kami sentiasa yakin bahawa memberi kebahagiaan kepada orang tua akan memberi kebahagiaan kepada diri kita juga.

Salam sejahtera, saya Peru, pengasas PJ Caring Home. Pusat kami ditubuhkan pada Jun 2000 dan terletak di Petaling Jaya, Selangor. Sebelum saya menubuh pusat ini, saya bekerja di pusat lain selama lebih kurang 2 tahun, tetapi saya rasa cara pengurusan mereka kurang cekap. Oleh itu saya menubuhkan pusat ini dan berhasrat untuk menguruskannya dengan betul. Buat masa kini kami menguruskan 1 rumah wanita dan 2 rumah lelaki, dengan seramai 110 orang OKU di bawah jagaan kami. Perkhidmatan yang disediakan di pusat kami termasuk penjagaan harian, membasuh baju, makanan, menghadiri temu janji susulan hospital, dan juga pengagihan ubat. Sebelum berlakunya pandemik, kami juga menyediakan beberapa aktiviti luar untuk para penghuni seperti jamuan Krismas dan lawatan ke Zoo Negara. Untuk masa kini, kebanyakan OKU mampu mengendali kegiatan seharian mereka sendiri, seperti makan, mandi dan mengambil ubat. Untuk mereka yang tidak mampu menguruskannya sendiri, kami akan membantu mereka. Apabila mana-mana penghuni jatuh sakit, kalau keadaannya serius kami akan hantar mereka ke hospital segera. Jika gejala mereka ringan, kami akan memerhati keadaan untuk sehari dahulu, dan hantar mereka ke hospital jika keadaan berterusan. Ramai yang sering tanya, adakah susah untuk menjaga OKU dan warga emas, ataupun apakah pencapaian terbesar sepanjang berkhidmat di sini. Sebenarnya, saya hanya mampu memenuhi keperluan seharian mereka, seperti menyedia makanan, tempat tinggal dan juga ubat-ubatan. Pencapaian terbesar berasal daripada melihat mereka gembira dan tenang. Bagi PJ Caring Home, perbelanjaan bulanan adalah kira-kira RM70,000 bagi mengendalikan ketiga-tiga rumah. Perbelanjaan utama termasuk gaji,  makanan dan ubat-ubatan. Kini kami ingin membaiki bilik mandi OKU. Kami juga merancang untuk membeli bangunan sendiri, supaya apra penghuni mempunyai ruang aktiviti yang lebih ruas, dan hidup dengan lebih selesa. Akhir sekali, saya ingin menyeru orang ramai untuk membantu golongan yang memerlukan. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Panda Love Charity atas bantuan terhadap pusat kami.

DONATE

YOUR COMPASSION IS A GREAT SUPPORT AND ENCOURAGEMENT FOR US

 

DONATE US


This will close in 20 seconds

×
Donated