Salam sejahtera, saya Puan Danapakiyam, penjaga Pertubuhan Ikhlas Malaysia. Ia ditubuhkan 20 tahun lalu pada 14hb April 2002. Ia terletak di Lot 18367, Jalan Kelapa, Kajang, Selangor. Saya berkhidmat di pusat ini kerana saya dan anak saya telah ditinggalkan di tepi jalan oleh bekas suami saya. Sebuah rumah kebajikan telah menerima kami. Saya amat bersyukur, dan oleh itu saya berkhidmat di pusat ini untuk membalas jasa dengan membantu mereka yang berada dalam keadaan yang sama seperti saya ketika itu. Kami menempatkan 84 orang warga emas dan 6 orang anak yatim. Kebanyakan daripada mereka mengalami kecacatan mental. Kebanyakan dari mereka kurang mampu menguruskan diri. Matlamat kami adalah untuk menyediakan makanan, tempat teduh dan ubat-ubatan. Jika mereka sakit, kami akan menghantar mereka ke klinik, atau menghubungi ambulans untuk kecemasan. Sudah pasti kami akan menghadapi sedikit sebanyak cabaran dan kekangan untuk menjaga mereka di sini kerana sesetengah ahli sukar dikendalikan. Tetapi akhirnya saya akan merasai kegembiraan apabila mengetahui bahawa mereka telah dijaga dengan baik, memandangkan saya telah berkhidmat di sini selama 8 tahun. Pusat ini menelan kos RM40,000 sebulan untuk penyelenggaraan dan perbelanjaan. Buat masa kini kami merancang untuk membina ruang baharu untuk ahli warga emas, kerana pemilik salah satu daripada dua rumah itu ingin mendapatkan rumahnya kembali. Justeru kami perlu memperluaskan dan mengubahsuai rumah yang satu lagi itu. Kami juga perlu membaiki bumbung, dapur, tingkap, pintu gelangsar dan pintu utama. Kami juga memerlukan van untuk menggantikan kereta lama yang sering perlu dibaiki. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Panda Love Charity atas bantuan ini!
This will close in 20 seconds