enzhms +60 11 268 43114

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Contact Address
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step

Already a member?

Login
14911
Monthly visitors
206
Pending Approval
52
Centres
Donate

Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Cornerstone (Click Me)

Kami sentiasa yakin bahawa memberi kebahagiaan kepada orang tua akan memberi kebahagiaan kepada diri kita juga.

Salam Sejahtera, saya Angie dari Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Cornerstone, Selangor. Sebelum saya mula memperkenalkan diri saya dengan pertubuhan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Panda Love Charity kerana menyediakan pentas ini supaya lebih ramai mengenali kami. Saya ialah pengasas Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Cornerstone. Saya menubuhkan pusat ini pada tahun 2003 dengan tujuan menyediakan suatu pusat jagaan bagi kanak-kanak yang diabaikan oleh keluarga masing-masing. Misi kami adalah untuk memberikan mereka kasih sayang dan pendidikan yang baik. Pusat kami sebenarnya boleh menempatkan 30 orang kanak-kanak, namun disebabkan wabak COVID-19 ini, kami belum menerima kanak-kanak baharu selama 2 tahun. Buat masa ini hanya terdapat 13 orang kanak-kanak di bawah jagaan kami. Kami menumpukan segala usaha pada misi kami untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan tempat berteduh, makanan, dan pendidikan, kami tidak menerima orang dewasa. Selain daripada kasih sayang, penjagaan dan pendidikan, kami juga memberi bimbingan rohani dan motivasi supaya membantu kanak-kanak ini mengharungi segala rintangan dan kesukaran dalam kehidupan mereka. Seperti pusat-pusat lain, tiada sebarang pegawai perubatan profesional di pusat ini, maka kami membawa sesiapa yang tidak sihat ke klinik. Pusat ini adalah dikendali oleh kakitangan yang memang berazam untuk membantu kanak-kanak. Sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa bukan mudah untuk menjaga begitu ramai kanak-kanak. Namun demikian, kami sebagai satu pasukan sentiasa yakin bahawa jika kita memberi sokongan, bimbingan dan pendidikan yang mencukupi bagi kanak-kanak ini, mereka bakal mencapai impian mereka dalam hidup. Saya menceburi bidang ini kerana saya amat menyayangi kanak-kanak, maka saya tak akan berasa sukar menjalankan tugas ini. Kepuasan saya yang terbesar adalah melihat mereka berdikari dengan kemahiran dan pendidikan yang dipelajari di sini ketika mereka dewasa nanti. Dengan kasih sayang dan kesabaran yang secukupnya, sebenarnya kanak-kanak ini bukanlah sukar untuk kami menjaga. Buat masa kini, kami menghadapi kesulitan dari segi kemampuan ekonomi. Perbelanjaan bulanan kami adalah kira-kira RM10,000, yang terdiri daripada bil elektrik dan air, perbelanjaan pendidikan, dan perbelanjaan sebagainya. Kami berharap agar pihak-pihak yang prihatin akan memberi kami sebidang tanah untuk cucuk tanam, supaya kami dapat menyara diri sendiri. Pusat kami sebenarnya disewa, dan kami berharap terdapat orang baik yang sudi memberikan kami suatu tempat yang lebih besar untuk menempatkan pusat kami. Setakat ini kami telah menyewa premis yang sedia ada selama 19 tahun. Kami betul-betul memerlukan bantuan kewangan untuk mengendalikan pusat ini. Akhir kata, kami amat menghargai usaha Panda Love Charity yang sudi menghulurkan bantuan untuk meringankan beban kami. Saya berharap orang ramai akan menderma secara murah hati untuk memastikan kami terus beroperasi. Bantuan dan sumbangan anda amatlah kami menghargai.

DONATE

YOUR COMPASSION IS A GREAT SUPPORT AND ENCOURAGEMENT FOR US

 

DONATE US


This will close in 20 seconds

×
Donated