enzhms +60 11 268 43114

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Contact Address
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.
Please agree to all the terms and conditions before proceeding to the next step

Already a member?

Login
14911
Monthly visitors
206
Pending Approval
52
Centres
Donate

Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Cahaya (Click Me)

Kami sentiasa yakin bahawa memberi kebahagiaan kepada orang tua akan memberi kebahagiaan kepada diri kita juga.

Nama saya ialah Dr. Kumar S. Paramasivam, saya merupakan Pengasas Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Cahaya Selangor, sebuah pusat kebajikan yang terletak di Kampung Sireh, Semenyih, Selangor yang ditubuhkan oleh saya pada tahun 2012. Dr. Nishakumar merupakan Pengarah Pusat kami sejak tahun 2015. Tujuan saya menubuhkan Pusat ini adalah untuk menyumbang kepada pembangunan negara, dengan menyediakan penjagaan yang sesuai kepada kanak-kanak dan warga emas. Kami ingin memastikan supaya kanak-kanak menjadi orang yang produktif dan menikmati masa depan yang cerah, manakala mereka yang berumur hidup dengan selesa dan tenang. Buat masa kini, terdapat 25 penghuni yang terdiri daripada pelbagai kaum tinggal di Pusat ini, termasuk kanak-kanak dan warga emas, yang sihat dan yang berkurang upaya. Di Pusat ini, kami menyediakan makanan yang sihat kepada para penghuni. Kami cuba sedaya upaya untuk menawarkan lebih banyak kegiatan kepada penghuni, termasuk bersenam, menari, menyanyi atau memasak, serta meraikan hari jadi dan menonton wayang. Setiap kali seseorang penghuni jatuh sakit, kami akan membawanya ke klinik untuk rawatan, dan menyediakan ubat-ubatan agar mereka makan ubat tepat pada masa, demi memastikan mereka dapat sembuh semula sepenuhnya. Kami juga ingin mendapatkan tajaan untuk menyediakan lebih banyak suplemen untuk penghuni-penghuni yang memerlukan. Mengenai kenapa saya sudi menjaga kanak-kanak dan warga emas yang kurang bernasib baik, sebenarnya saya amat berpuas hati dan berasa amat bahagia apabila saya nampak mereka dijaga dengan baik. Kasih sayang dan penjagaan yang rapi memang akan mengubah sikap mereka, dan cara mereka berinteraksi dengan orang di sekeliling. Saya langsung tidak berasa sebarang kesusahan dalam menjaga mereka, kerana saya sangat suka menjaga kanak-kanak dan warga emas. Perbelanjaan bulanan untuk mengendalikan Pusat ini berjumlah lebih kurang RM 15,000 sebulan, kos ini merangkumi makanan, gaji kakitangan, ubat-ubatan dan peralatan yang diperlukan. Alangkah baiknya kalau kami boleh mengumpul sedikit sebanyak dana, kerana Pusat kami amat memerlukan pengubahsuaian ke atas bangunan kami. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Panda Love Charity atas segala-gala bantuan yang dihulurkan, kerana dengan adanya dana berlebihan, kami akan mampu menyediakan tempat yang lebih selesa kepada penghuni-penghuni kami.

DONATE

YOUR COMPASSION IS A GREAT SUPPORT AND ENCOURAGEMENT FOR US

 

DONATE US


This will close in 20 seconds

×
Donated