Salam sejahtera salam 1 Malaysia, nama I Ravi, adalah Pengarah di Sri Sai. Sri Sai ditubuh pada 2009 September. Kami mempunyai lebih kurang 50 orang kanak-kanak di pusat kami. Mereka sangat berdikari dan mampu menjaga diri sendiri, hanya Rasika a/p Ravi, dia perlu diberikan lebih perhatian dan penjagaan kerana dia mempunyai penyakit khas. Di sini, kami memberikan penjagaan 100% kepada kanak-kanak. Kami sentiasa memastikan kanak-kanak berada dalam persekitaran yang selamat, penyayang dan merangsang dengan banyak peluang untuk belajar. Jika ada sesiapa yg berdemam atau sakit, kami akan membawa mereka ke klinik yg dekat pusat kami utk merawat. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai peluang ni utk menjadi Pegarah di Pusat Sri Sai. Kerana saya adalah seorang yg sgt suka kanak-kanak dan kerja I sekarang adalah menjaga kanak-kanak. I tak rasa susah apabila menjaga mereka sebab ini adalah perkara yg saya suka. Perkara yg I paling pening kepala adalah perbelanjaan pusat kami. Perbelanjaan kami utk sebulan adalah RM10,000. Oleh sebab itu, kami memang memerlukan bantuan dari masyarakat. Kami memerlukan makanan, minuman, keperluan harian, alat tulis dan lain-lain. Selain itu, kami juga perlu mengubah suai pusat untuk persekitaran yang lebih baik kerana bilangan anak kami semakin meningkat serta penginapan kami semakin tua. Akhirnya, saya ingin mewakili Sri Sai untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panda Love Charity kerana sudi menolong kami.
This will close in 20 seconds