Saya Pastor Stephan Swamithasan, pengasas Destiny Starting Point Welfare Association. Pusat yang terletak di Taman Chi Liung, Klang ini ditubuhkan pada tahun 2005. Saya sendiri pernah menjadi seorang penagih dadah, oleh itu tidak ingin melihat orang lain jangan mengikuti jejak langkah saya dahulu, maka saya menubuhkan pusat ini demi membantu lebih ramai orang. Matlamat saya adalah untuk membantu orang dengan sedaya upaya. Kini kami mempunyai 8 cawangan, iaitu Destiny Starting Point 1, Destiny Starting Point 2, Destiny Starting Point 3, Rumah 1 (untuk lelaki), Rumah 2 (untuk perempuan), Rumah 3 (untuk pembawa HIV), tadika, dan sekolah rumah (home school), dengan jumlah 168 orang penghuni. Mereka mengalami pelbagai masalah, dan ada yang memerlukan penjagaan rapi, misalnya penghidap HIV, angin ahmar (strok), kelumpuhan, dan mereka yang perlu memakai lampin. Selain daripada itu, ada juga pesakit masalah mental, orang buta, dan juga gelandangan (dewasa dan kanak-kanak). Selain daripada menyediakan perkhidmatan perubatan, makanan, dan tempat tinggal, kami juga membawa penghuni yang sakit untuk mendapat rawatan di hospital, dan membantu penghuni yang berkeluarga mencari balik ahli keluarga masing-masing. Terdapat penghuni yang mampu menguruskan diri seperti mandi, makan, makan ubat, dan menjalani kehidupan harian, yang lain pula tidak dapat menguruskan diri malah memerlukan penjagaan khas. Buat masa ini hampir separuh daripada penghuni yang tidak mampu menguruskan sendiri, oleh itu kami cuba sedaya upaya untuk membantu mereka. Kami mempunyai kelengkapan perubatan yang asas di sini, namun kami akan menghantar seseorang penghuni ke hospital yang terdekat dengan segera jika dia sakit teruk. Kalau gejala ringan, kami akan meneliti dia dahulu, dan kami akan mendapatkan ambulans untuk membawanya ke hospital jika masih tidak sembuh. Ramai yang bertanya perasaan saya dalam mengurus pusat ini. Bagi saya, jika kanak-kanak ini menjadi tunggak negara pada masa depan, ini adalah kejayaan paling besar bagi saya. Mengenai dewasa yang sakit pula, jika kami berjaya memulihkan kesihatan melalui penjagaan rapi kami, maka inilah juga kejayaan yang amat besar bagi saya. Kami pernah membantu ramai orang, jika anda minat mengetahuinya, maka saya menjemput anda melayari laman media sosial atau laman web rasmi kami untuk membaca kisah-kisah ini. Jika anda bertanya sama ada kerja ini susah, ya, sememangnya susah. Ini kerana perbelanjaan yang besar ini amat membebankan kami. Bayangkanlah setiap bulan kami memerlukan sekurang-kurangnya RM56,000 untuk sewa, bil utiliti, dan perbelanjaan lain-lain. Lagipun kami mempunyai 8 buah rumah, maka betapa susahnya untuk mengurus dan betapa beratnya beban kewangan ini. Demi mengurangkan perbelanjaan dalam jangka panjang, kini kami sedang mengumpul dana untuk membeli sebidang tanah seluas 5 ekar, supaya menggabungkan kesemua 8 buah cawangan itu, agar memudahkan pengurusan kami. Akhir kata, saya menyeru agar anda semua menderma supaya membantu kami membantu orang yang memerlukan bantuan. Demi membolehkan lebih ramai orang mengenali kami dan mendapat bantuan kami, kami telah mendirikan laman web rasmi kami. Untuk maklumat lanjut, sila melayari laman web rasmi kami www.destinystartingpoint.com. Saya ingin berterima kasih kepada Panda Love Charity kerana membantu dalam gerak kerja kebajikan kami.
This will close in 20 seconds